Text
"Jadikanku Seindah Wanita Solehah"
Posted by
Unknown
at
07:26
Bersabarlah sayang.. Arus kehidupan tak selalunya tenang. Kadangkala,
ianya deras jika mengalirnya rintikan hujan. Namun, jika rintikan hujan
diganti dengan kemarau berpanjangan, keringnya pula bagaikan debu yang
berterbangan. Bagaikan tiada kesan mengalirnya sumber minuman. Sumber
kehidupan kepada jutaan makhluk tuhan. Makhluk tuhan yang sentiasa
mencari cara bagaimana untuk hidup di
dunia yang nyata. Kadangkala, pokok yang disangka mati itulah yang akan
terus bernafas memberi sinar kehidupan kepada makhluk tuhan yang saling
memerlukan. Warna kekuningan serta kelayuannya cukup untuk kita
tafsirkan penghujung kehidupannya, namun dia masih mampu bertahan hingga
mampu membenihkan suatu kehidupan baru. Benih yang akan bercambah dan
trus membesar.
Dalam kehidupan ini, tak semuanya indah. Takkan siang
sepanjang masa tanpa diganti dengan kedinginan malam. Ciptaan tuhan ini
terlalu sempurna untuk kita hayati dan renungi. Saban hari memerah
keringat di bawah mentari panas, malamnya pula cukup tenang diulit
mimpi2 indah. Memberi peluang kepada makhluk ciptaanNya berehat dan trus
berkhidmat pada esok harinya. Perjalanan hidup yang diatur cukup indah
dan sempurna. Begitu juga perjalanan hidup kita yang telah tercoretnya
disatu lembaran coretan. Kesedihan akan diganti dengan kegembiraan.
Silih berganti dan trus berganti. Yang tabah akan trus pergi, yang
kecundang akan kembali pada sisiNya.
Jangan pernah menyesal dengan
kehidupan. Kerana itu suma satu ketetapan. Tapi pandanglah kedepan.
Jangan biarkan air matamu membasahi pipimu. Meratapi kesedihan serta
penyesalan, tapi fikirlah kedepan. Masih jauh perjuangan yang perlu
diteruskan. Tiada erti kalah dalam kehidupan ini. kerna hidup ini,
bagaikan satu medan pentempuran. Orang yang lemah akan kecundang. Yang
kuat pasti akan mara kedepan. Lumrah peperangan, akan ada kalah dan
menang. Mengapa harus direnung kesedihan kekalahan. Aturkan satu susunan
yang berkesan. Pemimpin yang hebat takkan pernah melafazkan kata-kata
suram. Malah, memberi suntikan jiwa pada pengikutnya biarpun dia hanya
berseorangan. Biarpun hakikat sebenarnya, jauh erti kemenangan pada
dirinya. Berkorban biar sampai ajal. Biar tuhan yang tentukan
segala-galanya. Usaha dan semangat adalah kunci segala pintu persoalan.
Kerana itulah erti kehidupan..
Bersabarlah sayang.. walau apapun,
hidup ini perlu diteruskan. Masih banyak yang harus kau renungkan. Masa
yang berlalu takkan pernah datang kembali. Malah, cabaran baru sentiasa
menanti. Usaplah air matamu itu. Takkan berubahnya dunia ini dengan
kebasahan pipimu itu. Jangan kau sia-siakan air matamu itu. Jangan kau
sia-siakan masamu.. jangan kau sia-siakan usahamu.. jangan kau
sia-siakan pengorbanan orang tua mu.. Hiduplah belajar erti tabah dan
sabar. Matangkanlah gerak gerimu dengan kesilapanmu. Jangan kau
ulanginya walau sekalipun. Biarlah ini menjadi sejarah hitam hidupmu.
Untuk kau tatapi setelah kau berjaya nanti. Agar kau tidak lupa diri...
0 comments:
Post a Comment