Text

"Jadikanku Seindah Wanita Solehah"

Sunday 8 July 2012


- CINTAKU -

Saat kulihat dirimu,
Kulihat kesucianmu,
Keindahanmu,
Dan semerbak harum hatimu,
Aku mengharapkanmu,
Untuk selalu berada di sisiku,

Satu malam yang berlalu,
Tak kan pernah kembali,
Waktu yang terlewati,
Membuatku mengerti,
Bahawa aku selalu mencintaimu,

Kemurniaan hatimu,
Kesucian batinmu,
Keindahan matamu,
Tak terlukis oleh kata - kata,

Sungguh indah dirimu,
Bagaikan bidadari,
Turun dari Syurga,
Cantik dan Suci,

Satu yang ingin selalu kukatakan,
Aku selalu mencintaimu,
Sekarang, esok,
Mahupun akan datang,

Sampai akhir hayatku,
Biarlah ajalku menjemput,
Ku kan selalu mencintaimu,
Wahai Kekasih Hatiku...

0 comments:

Post a Comment

cinta sampai syurga ♥

cinta sampai syurga ♥

Template by:

Free Blog Templates