Memanglah sukar untuk melupakan
seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang
akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya.
Walaupun
pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati
yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.
Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.
Jika or ang
dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri
sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai,
kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu
pengajaran.
Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang
lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun
bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada
Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja
dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain
pada masa depan.
Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.
Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima
hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih
dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk
menyedapkan hati sendiri.
Semua yang berlaku adalah ujian
Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah
semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun
salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.
Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah ditentukannya. Berserahlah pada Yang Maha Esa, itulah yang sebaik-baiknya
0 comments:
Post a Comment