Text
"Jadikanku Seindah Wanita Solehah"
Posted by
Unknown
at
04:25
Baiknya awak...Semoga perjalanan hidup awak dan anak-anak
bahagia.Terima kasih sebab kasih sayang awak melampaui apa yang
sepatutnya.Manusia yang suka-suka bunuh dan buang anak kandung, patut
malu dengan awak.
Awak sangat baik Puralan! Bangga sangat!Tersentuh...Ada airmata yang bergenang..Sebab awak hanya haiwan...Terima kasih...
============================
RANAU:
Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara
itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini,
yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru
melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang ‘menumpang’ manja
bersama ibu kucing berkenaan.
Menurut pemiliknya,
Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru
pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah
mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu.
“Saya
melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya
untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong
‘anaknya’ yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang
selain berwarna hitam pekat.
“Sebaik diamati, saya
terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak
pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama
anak kucing lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Katanya,
sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47,
memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula
tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi
tumpuan.
“Biasanya tikus menu utama
makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami
apabila dilayan seperti anak sendiri.
“Malah, ibu
kucing dilihat melayan ‘anak istimewanya’ sama seperti dua lagi anaknya
lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya,” katanya.
Katanya,
semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus
terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang
ramai.
“Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah.
“Selepas
mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya
untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan
wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan,” katanya.
Sementara
itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah
berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kucingsusuitikus/Article/index_html
0 comments:
Post a Comment